Sunday, November 25, 2007

Ikan Keli Di Kelantan

Ternakan ikan keli telah mula mendapat perhatian kepada penternak ikan di negeri Kelantan.Jika dahulu ikan keli hanya dapat diperolehi pada musim tengkujuh sahaja iaitu pada bulan November dan Disember, yang mana ikan keli ini dikenali ikan keli sawah. Kini terdapat banyak projek penternakan ikan keli telah dilaksanakan dinegeri Cik Siti Wan Kembang ini. Satu daripada projek ternakan ikan air tawar yang berpotensi dan berdaya maju adalah Projek Berkelompok Desa Taqwa, yang terletak di Kg Gaung, Dewan Beta Hilir, Kota Bharu.

Selain daripada ikan keli, ikan patin, tilapia juga diternak disini, walaubagaimanapun 70% hasil ternakan disini adalah ikan keli yang diternak dikawasan seluas 2 hektar, ia telah menempatkan 16 buah kolam dan 10 buah sangkar.

Hasil ikan keli dijual dipasaran tempatan dan pada setiap minggu FAMA Kelantan akan membeli ikan keli ini lebih kurang 500kg dan dipasarkan kepada pemborong tempatan an juga daripada luar Kelantan.

Friday, November 23, 2007

Butik Bakeri

Semalam saya ada melawat sebuat kedai menjual kek dan roti milik bumiputra. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis kek dan juga roti serta juga biskut. Sambutan kekedai yang baru dibuka ini amat membrangsangkan. Selain menjual produk dikedai, uahawan ini juga membekal produk roti kekilang-kilang dan juga kekantin sekolah.

Disamping menjual kek dan roti, usahawan ini juga menjual makanan halal sejukbeku dan juga minuman. Kedai Kek dan Roti terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor. Nama kedainya Hannah Bakery Cafe di no 31, Lorong Naluri SukmaB8/B, Bandar Puncak Alam, 42300 Selangor. Untuk tempahan kek anda boleh hubungi 012-2770304.

Kedai kek ataupun bakeri merupakan satu daripada industri yang sedang berkembang pesat. Walaupun begitu kedai bakeri perlu berkonsepkan sebagai butik untuk maju dan berdayasaing. Maknanya kedai bakeri ini perlu menyediakan pelbagai keperluan pengguna untuk menikmati hidangan ataupun meraikan sesuatu event. Kedai Bakeri perlu memberikan perkhidmatan bukan sekadar jual kek sahaja, ia seharusnya merangkumi penerimaan tempahan, hantaran dan bahan samping untuk meraikan sesuatu seperti lilin, belon, untuk meraikan hari jadi. Lihat sahaja bakeri yang telah berjaya seperti Secret Recipie, Baker's Cottage dan King's Confectionary. Hasilan bakeri mendapat sambutan yang baik dikalangan pengguna dan pada tahun 2005 sahaja pengguna dinegara kita telah membeli 234 tan hasil bakeri dan ia meningkat lebih besar jika dibanding pada tahun 2004 iaitu 229 tan. Iaitu pertambahan sebanyak 5 tan !.

Jika anda berminat untuk menceburi bidang ini pelajarilah teknik membuat kek dan roti yang baik. Kek akan memberikan keuntungan yang baik berbanding dengan roti. Kek yang popular adalah kek pisang. Kita perlu kretif dalam bidang ini seperti buat kek nenas, nangka, buah naga dan lain - lain supaya kita dapat berdayasaing dipasaran terbuka pada hari ini.


Minuman yang dijual.


Pelbagai jenis roti.


Pelbagai jenis kek

Tuesday, November 20, 2007

Ikan Sangkar di Lanchang, Pahang

Ikan Sangkar seperti patin dan juga talapia ada juga dipelihara di Lanchang Pahang. Pada hari ini saya ada pergi ke Lanchang Pahang. Dalam perjalanan ke Lanchang ini, saya ada lihat iklan ikan talapia dan juga patin diternak di sekitar Lanchang.

Cara penternak ikan ini mengiklankan industri ikan yang dia terlibat harus dipuji. Tanpa iklan seperti ini, saya sendiri mungkin tidak tahu ade penternak ikan sangkar disini. Walaubagaimana pun saya tak sempat nak ambil gambar kerana hari telah hujan. Mungkin pada lain kali saya akan singgah dan ambil gambar.

Saya ke Lanchang untuk memberi ceramah berkenaan pembungkusan makanan kepada kakitangan PERHILITAN di Bukit Rengit. Disini juga saya berkesempatan singgah ditempat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah. Gajah diperlihara sebelum dilepaskan semula kehutan yang tiada ancaman kepada manusia.

Semasa di Perhilitan ini saya sempat berbual dengan beberapa pegawainya dan amat terkejut juga mendengar cerita kerana ade setengah orang kita yang tamak sanggup tangkap biawak dan diekspot keluar negara ! bukan sikit 2 kontena, tapi nasib baik sempat ditahan dan biawak ini dilepas semula ke hutan !. Haiwan seperti Harimau, Tenggiling, Ular sawa merupakan haiwan kawalan. Jangan terkejut ade juga usahawan yang buat duit jual kalajengking untuk ekspot, tapi ini semua perlu ada lesen dan kebenaran.

Gajah Di Kuala Gandah


Sunday, November 18, 2007

Penggredan Ikan Bilis

Ikan bilis yang terhasil digredkan mengikut saiz dengan menggunakan mesin pengred ikan bilis. Melihat kepada mesin ini, saya tertanya-tanya samaada mesin ini boleh kita ubahsuai untuk gred ikan keli yang dipelihara. Samaada ikan keli yang telah besar atau pun anak - anak keli sebelum kita pindahkan ke sangkar didalam sungai. Kelebihan pengredan ikan adalah kita akan mendapat menjual ikan mengikut gred dan seterusnya mendapat pulangan yang setimpal dengan harga yang ditawarkan. Bagi pelanggan pula, kita akan dapat gunakan ikan yang dibeli sesuai untuk masakan yang ini kita buat ataupun jual.




Mesin gred ikan bilis

Saturday, November 17, 2007

Ikan Bilis Langkawi

Saya telah berpeluang melawat kilang ikan bilis milik bumiputra di Pulau Langkawi pada Julai yang lalu. Kilang ini merupakan sebuah kilang memproses ikan bilis dibawah bimbingan Jabatan Perikanan. Ikan bilis ditangkap diperairan sekitar Langkawi dan juga laut yang lain direbus dan kemudianya dikeringkan dikilang ini. 
Proses perebusan ikan dijalankan dikapal dan ikan bilis yang telah dimasak ini dikeringkan dikilang




Kilang Ikan Bilis


Kilang bilis



Ikan bilis siap kering digred dan sedia untuk pasaran tempatan.Sedap ini buat sambal bilis campur petai makan dengan nasi lemak. Bilisnya baik puteh bersih. Berminat tanya Jabatan Perikanan berdekatan berkaitan bilis di Langkawi ini. Saya dah lupa alamat detail.



Untuk pasaran luar Langkawi, Ikan bilis dimasukkan dalam kotak. Pasaran di Pulau Pinang KL.



Ini hot air oven atau oven aliran udara panas

Friday, November 16, 2007

Ikan Hiasan Bendang Man

Saya tiba dikampung Bendang Man , Daerah Sik pada waktu tengahari.Hari hujan. Disini dijalankan pemeliharaan ikan hiasan oleh Jabatan Perikanan. Ikan hiasan juga boleh memberikan pulangan yang lumayan dalam pemasaran ikan ini. Oleh itu kita sebagai penternak ikan perlu lihat peluang ini. Ikan hiasan juga ada pelbagai jenis ada juga dijual dipasar tani.

Di Malaysia, terdapat persatuan pemelihara ikan hiasan ini. Setiap tahun ade sahaja pertandingan ikan hiasan diadakan. Ikan hiasan mempunyai harga yang berlainan ikut jenis ada yang sampai ratusan ribu ringgit !.



Video ini bising dan kurang terang kerana hari hujan serta masaalah teknikal bila upload ke YouTube. Jika anda mahu vidio jelas email to me.

Thursday, November 15, 2007

Ikan Hiasan Kampung Bendang Man, SIK KEDAH

Ikan hiasan merupakan satu lagi industri penternakan ikan yang mempunyai potensi besar untuk diterokai oleh kita, selain daripada penternakan ikan keli, talapia, patin dan lain-lain ikan. Pada 2 hari yang lepas, saya berpeluang mengadakan lawatan kepusat pemeliharaan ikan hiasan di Kampung Bendang Man, Sik, Kedah.

Daerah Sik merupakan satu daripada daerah di negeri Kedah yang terletak lebih kurang sejam perjalanan jika kita memandu daripada Alor Star. Daerah Sik merupakan satu daerah yang sedang pesat membangun. Sebuah lebuh raya sedang dibina untuk menhubungkan daerah Sik dengan daerah - daerah yang lain. Adalah dijangkakan lebuhraya Jeniang - Sik ini akan menjadi jalan utama yang akan menghubungkan Kedah dengan negeri Kelantan pada suatu masa kelak.

Dengan kata lain orang Kedah dan Kelantan akan melalui atau singgah kepekan SIK sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Kota Bharu ataupun Alor Star ataupun ke Pulau Pinang pada suatu masa kelak.

Lebih kurang 7 km daripada Pekan Sik, terletak sebuah pusat penternakan Ikan Hiasan. Di sini ikan-ikan hiasan diternak untuk dijual kepada pasaran. Jika anda berpeluang ke SIK anda boleh menginap di SIK Inn. Kolam ikan hiasan di bina cetek anggaran kedalaman 3 kaki.
Saya sertakan gambar -gambar ikan kolam ikan hiasan ini. FAMA ada menerbitkan buku panduan berkenaan potensi pasaran ikan hiasan ini.










Saturday, November 3, 2007

Kursus Pemeliharaan Ikan Keli

Untuk membolehkan pemeliharaan ikan keli saya lebih menguntungkan, saya juga pernah menyertai pelbagai kursus pemeliharaan ikan keli dan juga ikan air tawar yang lain, dibeberapa tempat dinegara kita ini. Pada masa kursus ini, kita diajar bagaimana membuat kolam, membuat benih dan cara-cara terbaik untuk memelihara ikan air tawar ini.

Kursus pembenihan ikan keli, saya diajar cara-cara hendak menghasilkan anak -anak ikan keli. Kursus ini amat menarik dan menyeronokan kerana saya dapat belajar perkara -perkara baru disamping bertemu dengan kawan - kawan pemelihara ikan yang lain.


Kolam ikan air tawar


Ikan ditimbang



Thursday, November 1, 2007

Pelanggan Anda Sahabat Anda

Bila kita terlibat dengan perniagaanpertanian, kita akan mencari pelanggan yang sanggup membeli hasil - hasil pertanian kita. Walaubagaimana pun hasil pertanian tidak sama dengan produk pengilangan yang lain. Sebahagian besar produk pengilangan yang tidak terlibat dengan makanan, ia tidak mengalami kerosakan yang cepat. Ini menjadikan produk ini mampu berada dipasaran dengan lebih lama.

Hasilan pertanian merupakan 'benda hidup' ia akan mengalami kerosakan dalam masa yang singkat. Oleh itu bila kita terlibat dalam perniagaan pertanian kita perlu jadikan pelanggan kita sebagai sahabat kita. Ini penting supaya melalui persahabatan ini, ia berupaya mewujudkan satu kemesraan dan seterusnya ia akan menjadi pelanggan tetap kita. Seterusnya hasil pertanian kita dapat dipasarkan dengan cepat pada harga yang berpatutan.

Saya masih lagi teringat semasa saya masih kecil, emak saya sentiasa membeli ayam hanya pada satu tempat peniaga ayam sahaja dipasar Kota Bharu. Bila emak ingin mengadakan kenduri dan memerlukan bilangan ayam yang banyak, beliau hanya talipon peniaga ayam berkenan dan sudah pasti peniaga ayam itu akan menyediakan bilangan ayam yang diperlukan pada sedikit harga murah. Saya yang akan pergi mengambil ayam tersebut dipasar dan membawa balik kerumah untuk dimasak oleh ibu. Dengan persahabat ini peniaga akan dapat memasarkan ayam dengan mudah dan saya pula dapat harga yang berpatutan.

Dengan menjadikan pelanggan kita sebagai sahabat dan kenalan, kita mendapat dan mengenalpasti pelanggan tetap kita. Pelanggan tetap dan kesetiaan serta kepercayaan pelanggan kita amat penting dalam dunia perniagaan pertanian kerana kos untuk mencari pelanggan baru sebenar lebih tinggi jika dibandingkan untuk mengekalkan pelanggan sediada. Jadi dalam perniagaan pertanian ini, kita janganlah kedekut, sekali - sekala berikanlah sedikit diskaun atau lebihan dalam penjual hasil pertanian kita. Ingatlah lebihan ataupun harga diskaun ini sebagai kos promosi untuk mengekalkan pelanggan tetap kita.

Pelanggan tetap sahabat kita ini kadang - kadang boleh menjadi agen promosi secara tak langsung kepada kita, kerana dengan kepercayaan kepada kita, kadang - kadang pelanggan ini akan cadangan produk pertanian kita pada rakan-rakan yang dikenalinya. Secara tak langsung akan dapat menarik pelanggan - pelanggan baru kepada produk kita.

Oleh itu berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita dan jadikan pelanggan kita sebagai sahabat kita yang berkekalan.

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu sumbangan daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NOH NIK WAN
Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terimakasih kepada mereka yang telah memberi dan dengan sumbangan sedemikian dapatlah saya menjalankan pelbagai kajian berkaitan penternakan serta pemasaran ikan keli dan akuakultur untuk saya kongsikan disini.